Sabtu, 13 Jun 2009

~Kerisauan yg terlampau~~

Bagaimana jika wanita diserang Rubella semasa mengandung

Keadaan ini sangatlah merungsingkan wanita -wanita yang mendengar akan bahaya penyakit Rubella. Mereka yang telah disahkan terlibat selepas menjalani pemeriksaan darah memerlukan kaunseling di mana maklumat yang cukup diberi berkenaan dengan risiko , masalah yang bakal dialami jika bayi terlibat serta cara -cara mengatasinya. Dalam keadaan yang cemas mereka memerlukan kaunseling yang konstruktif dari doktor supaya dapat membimbing mereka untuk membuat keputusan yang sesuai untuk mereka.

Peringkat empat minggu hingga lapan minggu kandungan merupakan risiko yang sangat tinggi untuk mendapat bayi yang mengalami sindrom Rubella Konjenital dan ramai pakar yang menasihatkan supaya kandungan itu digugurkan. Risiko untuk mendapat bayi yang terlibat menurun apabila serangan Rubella tiba pada peringkat empat belas minggu dan lebih dan biasanya kecacatan yang dialami ialah pekak. Serangan Rubella pada peringkat dua puluh minggu atau lebih tidaklah begitu merunsingkan. Wanita yang ingin meneruskan kandungannya dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan rapi. Setelah bayi dilahirkan, bayi itu perlulah diperiksa dengan teliti dan walaupun kelihatan normal, dia harus diperiksa dari masa kemasa untuk memastikan sama ada daya pendengarannya sempurna. Setiap wanita yang mempunyai masalah ini perlulah mendapatkan kaunseling secara orang perseorangan.

Kesimpulan

Sindrom Rubella Konjenital adalah keadaan yang boleh menimbulkan berbagai jenis kecacatan bayi. Ini boleh dicegah jika setiap wanita dalam linkungan umur reproduktif boleh memastikan dari pemeriksaan darahnya yang dia mempunyai perlindungan dari penyakit ini. Satu cara untuk mendapatkan imuniti ialah dengan mendekatkan diri dengan orang yang dipastikan menghidap penyakit Rubella. Cara yang satu lagi ialah pengimunan.

credit to http://www.hamidarshat.com/index.php?option=com_content&task=view&id=160&Itemid=165


Nauzubillah...mntak jauh dr benda yg x elok...
Harap bb Ku sihat n selamat ..Aminnnn

1 ulasan: