Khamis, 29 Januari 2009

hikhikhik

korang mesti pelik np tetiba aku post pasal tips interview..
sebenarnyer tok panduan aku...yelah 16/2 ni aku ada interview kt perbadanan sisa pepejal & pembersihan Awam

so aku terlalu nervous skrg ni...mlm 2 xleh tido..dok buat ulangkaji...
maklumlah buakn senang nk dapat keje gomen...panggilan hari tu kat kementerian pertahanan pon xder jawapan g...so redha jelah mungkin bukan rezeki aku...yg pasti aku dah cuba dan dapat pengalamn dari situ..

kl leh 2009 ni aklu nk cari keje lain...xsanggup dah aku jd kuli batak cina yg xreti hargai pekerja dia ni..
tp memandangkan tgh gawat ni..aku stay dulu lah sambil2 tu cari gak keje lain..adarezeki aku blah...

doakan aku ye kengkawan...

Jumaat, 23 Januari 2009

tips Interview

Satu yang korang perlu ingat, kerja kerajaan tidak mudah. Melainkan korang kerja di pekan kecil yang pelanggan korang cuma seorang dua sehari. Tapi kalau Jabatan tersebut ada pelanggan ratusan orang sehari, siaplah! Korang bakal berhadapan dengan segala macam jenis manusia yang sentiasa berfikiran cliche terhadap jabatan-jabatan kerajaan; lembab, bodoh, menyusahkan, melayu dll.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) sekarang orang yang business oriented. Amat-amat punctual, amat-amat tegas dan komited dengan kerja. Kalau dia katta meeting start 8.30 pagi, 8.25 dia dah ada di meeting room. Kalau dia kata meeting habis jam 10.00 pagi, maka jam 10.00 pagi la meeting itu akan habis. Macam juga big boss aku. Get to the point. Itu yang penting. Jangan meleret nak berbunga-bunga bila berbicara. Kalau dalam interview orang tanya rukun negara apa dia, jangan cerita sejarah rukun negara, siapa yang mulakan, kenapa dimulakan, di mana dimulakan. Jawab je 5 rukun negara tu. Korang ingat penemuduga tu ada masa nak dengar korang membebel? Banyak lagi orang yang dia nak interview.

Penting, KUMPUL MAKLUMAT! Kalau korang mahu pergi interview untuk satu jawatan dalam sesebuah jabatan, pastikan korang tahu apa tugas dan kerja-kerja jabatan tersebut. Buat research. Kalau rajin pergi pejabat jabatan tersebut dan buat soal-selidik. Mereka tidak sombong (kalau sombong, kira malang juga la korang dapat kerja situ nanti). Lagi baik kalau jabatan tersebut ada unit/bahagian khidmat pelanggan, pergi situ saja. Tanya habis-habisan. Fungsi, peranan, visi, misi, falsafah dan apa saja yang berkaitan. Jangan tanya bonus bila dapat. Jangan tanya anak Ketua Pengarah masih single atau tidak. Penemuduga akan amat-amat impress kalau korang boleh tahu visi dan misi sesebuah jabatan. Kerana ianya adalah jalan sesebuah jabatan lalui. Kalau korang faham apa yang jabatan itu nak buat, penemuduga tidak akan lepaskan korang. Aku akan respek kalau tiba-tiba korang bangun dan menyanyikan lagu jabatan tersebut, tetapi ianya tidak perlu dilakukan melainkan dicabar oleh penemuduga. Cuma, kelakar je bunyinya kalau penemuduga suruh korang nyanyi. Hahaha. Ada! Siapa kata takde?

Juga penting, state you personal vision and mission. Apa sebab korang nak bekerja di tempat yang korang pohon tersebut? Senang dapat loan kerajaan, loan kereta, bil hospital percuma, loan pc percuma, loan rumah percuma, jaminan kerja hingga pencen, dapat duit pencen, dapat gratuiti, kerja tak berat? Atau korang mahu kerja di jabatan kerajaan kerana kerja lain sudah tidak ada, susah dapat, atau memang korang tak layak? Atau korang mahu ianya jadi batu loncatan untuk mendapatkan kerja yang lebih baik di masa akan datang? Apa jua perancangan masa depan korang tersebut, fikir dan jawab yang terbaik. Kalau korang kata pada penemuduga korang nak kerja sebab korang rasa boleh rilek nanti bila kerja, baik lepas tu bagi salam dan keluar saja dari bilik tersebut. Korang takkan dapat.

Satu soalan trick yang ada sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan temuduga korang. Kalau jabatan kerajaan tersebut beroperasi di seluruh negara, besar kemungkinan korang boleh ditempatkan di mana saja di seluruh negara. Ada baiknya bila ditanya oleh penemuduga samada korang sanggup bekerja di mana-mana saja, jawab YA dengan bersungguh-sungguh. Itu sebenarnya nak lihat apa yang kita orang melayu selalu cakap bila bercinta,

"Berkorban apa saja"....

Ala, apa sangat la takat belah dada nak tunjuk pada awek tersayang. Bukan dapat duit pun. Ini kerja, dapat duit. Dapat loan itu ini dan dapat perkhidmatan perubatan percuma. Siapa yang tak mahu?

Kerja jangan pilih tempat. Kalau orang suruh pergi kerja di Sabah atau Sarawak walaupun korang anak jati Kampung Ulu Kenderong, Gerik, Perak, pergi je lah. Bila lagi nak tengok tempat orang. Silap-silap boleh tersangkut dengan awek/pakwe sana. Untung juga.

Jangan bagi alasan mak ayah sakit, tiada sesiapa yang nak jaga, nak bagi makan minum adik-adik. Itu alasan 5 tahun lepas ketika AirAsia masih sebuah kompeni yang lingkup. Itu alasan 10 tahun lepas ketika handset sebesar batu bata dan beratnya lebih kurang sama juga.

Ingat satu perkara, penemuduga adalah orang yang korang tidak kenali. Bukan sahabat lama, bukan Sarip Dol, dan bukan juga Osman Zailani, pemuzik buta. So, setiap jawapan yang diberikan mestilah jelas. Kalau ditanya dari mana asal korang, jawab dengan jelas (tak perlu poskod).

"Saya berasal dari Kampung Tanjung Kala, Gerik, Perak"

Jangan biarkan penemuduga tanya melarat-larat. Letih korang nak jawab nanti. Dan sebenarnya ia menambah kegelabahan korang juga.

"Awak belajar di mana dulu"
"Sekolah"
"Sekolah mana?"
"Sekolah Menengah Adika Raja"
"Di mana sekolah tu?"
"Di Gerik, tuan/encik"

Apa la susah sangat nak jawab dengan direct je. Tak buang masa sesiapa pun. Bukan korang kena bayar pun untuk menjawab soalan.

Jangan memerangkap diri sendiri. Kalau korang sebelum ni kena buang kerja kerana selalu tidur di pejabat, jangan jawab begitu. Jawab saja kena berhenti sebab kompeni tidak stabil. Atau apa saja yang tidak menunjukkan kekurangan korang. Bohong sunat kata P.Ramlee. Habis takkan korang nak mengaku korang kena buang kerja sebab asyik dok mengorat sekretari bos kot? Gila apa?

Kalau ada duit sikit, belilah buku pasal pengajian am yang banyak menceritakan hal-hal kerajaan dan Malaysia. Baca, jangan simpan macam Quran. Mangga/URTV tu boleh pula beli tiap-tiap minggu ye? Ini beli sekali dan ilmunya banyak dan menguntungkan terutama time mohon kerja kerajaan. Dalam tu korang boleh la baca pasal Rukun Negara bagi mana-mana yang tak tahu langsung apa jadah benda tu.

Baca surat khabar kerana penemuduga suka orang yang ambil tahu hal ehwal semasa. Jadi takdelah bila ditanya apa itu ECER, korang jawab nama artis Indonesia yang bakal meletup dengan album terbarunya bertajuk "Kamu Yang Bodoh!".

Banyak lagi nak tulis mengenai tips minta kerja kerajaan ni tapi aku fikir cukup la sampai sini dulu. Bukan ramai pun yang nak baca. Biasalah, budaya malas membaca (boleh sampai jadi BUDAYA tu).

credit to:
http://www.frossonice.com/

Rabu, 21 Januari 2009

bengang tahap dewa

nmpk sgt aku x dihargai...penat je aku jd kuli batak pada dia..

kn marah ...kn maki dpn org ramai...sume keje aku kn buat...

last nyer ini yg aku dapat.......

bonus aku hanya RM800 x sampai sebulan ponnnnnnnnnn
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
tp ''anak kesayangan dia'' dapt byk 2k++

pelik 2222222222xxxxxxxx

tp nak wat cam ne kan redha jelah...mgkin bukan rezeki aku nk dapt byk kot..

Selasa, 20 Januari 2009

Apa salah Aku

just nak berkongsi rasa ketidakpuasan hati skt tntg tempat kerja aku skrg ni...
mn taknyer kadang kala aku pelik ngan sikap bos aku ni..apa aku buat sume x kena dimatanyer..

aku MC kerana keguguran dia marah cis soklan bodoh ker soklan bangang dia tanyer tu

aku cuti kerana Pakcik aku meninggal dia marah

aku lewat 4 minit dia marah<>

aku cuti kerana ank xder org jg pon dia marah...

l;eh dikatakn sume aku buat dia marah..

kenaper erkk....adakan dia x suka kt aku..

dulu aku nak benti dia x kasi...bila aku trs keje kt sini dia lak asik memarah n maki2 aku

camne erkk...aku x tau nak huraikan camner..apa salah aku buat dia sampai x puas hati..

issyyy kl pk nak je aku cabut tp pkkan ekonomi gawat camni kn lah bersabar kan..

kang x pasal makan pasir...hahahaha...

Jumaat, 16 Januari 2009

Happy Belated Besday saYANG

Hari ni genap 1thn 9 bulan dah anak ku...

kejap je ms berlalu...byk menda dia dah pandai skrg..

Mama n Ayah doakan ain sentiasa dilindungi...

SAyanggggggggggggggggg Ainnnnnnnnn...mmmmmmuuuAaaaaahhhhhh

Sabtu, 10 Januari 2009

testing..........

Percubaan kali pertama........

aku tgk cam syok je tgk org nyer blog...yelah dok cite pasal diri memasing...
akhirnyer aku pon terjebak ngn Gunit2 tok berblog...hahahaha...