Jumaat, 13 Februari 2009

Valentine day

Esok 14hb 2..atau lebih dikenal sebagai Valentine day.. seumur hidup x penah sambut.
xder maknanyer...aku rs cam hr2 biasa jer...gpon sebagai umah islam kite ditegah tok menyambut nyer...
bg aku hr2 adalah hari memperingati kekasih kan...xkan lah tiap 14/2 br nak ingtkan...kl camtu 1thn sekalilah..hr lain x yah ingt...giloss ka...hahaha...

HUKUM ORANG ISLAM MENYAMBUT PERAYAAN VALENTINE’S DAY

Oleh : Ustazah Norzila Bt. Mohd Nor (Bahagian Istinbat)

...budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang
sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut
mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian
serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat...


Terdapat tiga pendapat mengenai
asal-usul Valentine’s Day :

i. Valentine’s Day bermula semasa
pemerintahan empayar Rom iaitu dengan
menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti
bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa
dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu
15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia
iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat
Rom di mana pada malam pesta tersebut,
nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas
dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap
pemuda akan mencabut nama di dalam bekas
itu dan nama yang terpilih akan menjadi
pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14
Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh
kerana pertelingkahannya dengan Raja
Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius
II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius
telah membatalkan semua perkahwinan dan
pertunangan kerana Rom banyak terlibat di
dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St.
Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan
orang-orang Kristian dengan pasangan
mereka secara rahsia. Akibat perbuatan
tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan
diheret, yang akhirnya dihukum belantan
sehingga mati serta dipenggal kepalanya
pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi.
Bagi memperingatinya sebagai simbol
ketabahan, keberanian dan kepasrahan
dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14
Februari dijadikan sebagai hari memperingati
kematian St. Valentine sebagai upacara
keagamaan.

iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s
Day diambil daripada nama seorang paderi
yang paling berpengaruh pada zaman
pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol
iaitu St. Valentine yang status kedudukannya
adalah di tempat kedua tertinggi selepas
Pope. Apabila St. Valentine menyatakan
hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya
dari pengamal protestan sewaktu kerajaan
Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan
Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova
kerana St. Valentine merupakan seorang
Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin
dengan pengamal Protestan, lebih-lebih
lagi paderi sememangnya tidak boleh
berkahwin. Tindakan St. Valentine yang
mengambil keputusan berkahwin dengan
pasangannya itu telah menimbulkan rasa
murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya
buat sementara waktu. Ratu menetapkan
14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St.
Valentine sendiri.

kredit to : jabatan MUfti negeri selangor

1 ulasan: