Jumaat, 27 Februari 2009

kisah ain

AIn da masuk 1thn 10 bulan.
Ain pandai berjalan…
Ain pandai berlari…
Ain pandai melompat…
Ain pandai wat memek muka…
Ain suka menari n menyanyi
Ain dah keletah bercakap..absi sume org cakap dia ajuk balik...hikhikhik
Ain suka sambut ayah balik n suka belasah ayah
Ain pandai,salam,cium n berkawan.
Serba serbi Ain dah Tau..

Tapi yg kami sggh terharu Bila dia belajar tok Solat...
Asal Azan kedengaran dia pon sibuk ajak g bilik air..
pastu dia cuci tangan,muka,telinga,kaki...ni sume dia belajar dari TV9 dimana ms azan mereka siarkan video cara mengambil air Sembahyang...


Sementara tggu Ayah n mama amik air wudhuk dia dok atas sejadah,bila dah siap dia pon ikut segala pergerakan kami ketika solat...wlpon ada ms nyer dia memain...hikhikhik,maklumlah baru nak belajo..
ms memula tu kitrg sll tergelak ms solat tp lelama dah ok dah sbb da x kaco dah....

bila dah abis solat dia salam cium kami...pastu dia g sambung tgk Tv...hehehe..

tulah serba sikit kisah ain yg semakin membesar ..semoga amalan ni berkekalan hendakNyer...Aminnn


Isnin, 23 Februari 2009

bosan...

lama x buat n3...
byk cite nk kongsi tp x cukup jari nak menaip..huhuhu..
nnti ada masa br buat ...wokeyy...

Rabu, 18 Februari 2009

kisah interview

16/2 hr tu aku ada interview kt kelab Sukan DBkl..punya lah ramai org yg datang interview..dengan pelbagai jawatan..aku sampai tepat kol 8.30.sebaik sempat padahal aku dah cuak dah tu..dok bebel kt hb aku.hehehe.jem gegiler pas Tol shah bt 3 ni..ada keta rosak.sampai je aku wat pendaftaran ,aku dapat kumpulan 27..byk giler samapi bila aku nk tggu..tp terpaksa gak tggu alang2dah datang xkan nak balik lak..

dalam kol 11.++ aku dipanggil tok wat IQ test..ada 50 soalan.pasal sahsiah diri n pasal negara ku yg tercinta..ewahhh...tp oklah gak sbb ada A,b,c,d so kl x tau main taram jer .hahaha..ok settle..ada interview lisan lak ..tggu lagi dalam kol 12.++ kumpulan aku lak dipanggil tok sessi temuduga...dup dap weii...ketar2 dah jari aku dok tggu..team aku terdiri dr 7 org..ptnyer 6 tp sbb ada budak team 26 join sekali sbb dia dah tercicir ms team dia diinterview.

penemuduga aku tu 3 org,1 laki 2 pompuan..dan bermula lah sessi interview tu..
dia soh kenalkan diri n cerita serba skt pasal kerja skrg dalam Bi ms ni aku dah cuak dah..maklumlah x pandai cakap Bi..tp aku cuba gak..bantai je janji diaorg paham udah..hikhikhik
dah selesai.

penemuduga ke2 lak tanyer..apa yg kite tau tntg jawatan yg di pohon ni...aku pon lajulah jawab sbb dia soh cakap BM...hahaha...selesai...

result 2/3 ni leh dapat kt laman web...so tggu jelah kan...kl ada rezeki..tp kl lulus ni ada 2 interview ngn CEO dia..fuhhhhhhhhh

aku x harap sgt tp dapat hati aku berdoa agak dapat good news..
.



Sabtu, 14 Februari 2009

berdebar........grrrrr

16/2 ,senin ni aku interview kr perbadanan N17
riso ,takut,cuak sume ada...tp aku janji buat yg tebaik n termampu...
byk dah pengalam org yg aku dah bc...harap2 aku leh buat..

doakan aku berjaya erkk kengkawan..

Jumaat, 13 Februari 2009

Masha Allah

Baru2 ni di ijtimak Tongi ada orang bertanya akan hal penghuni2 syurga kepada Maulana Tariq Jamil (link ke TouTube; lepas 1½ minit baru maulana muncul) .

Soalannya :
Penghuni syurga tak ada amal ibadat, tak ada kerja, tak tidur. Nanti lama-lama tak boring ke duduk dalam syurga?

Jawapan maulana :
Demi Allah, penghuni syurga tak akan rasa boring walau sedikit sebab;

1.Di dunia, kita ada isteri. Berapa lama kita boleh bersembang2 dengan isteri? Lama2 kita akan rasa boring.

Tapi di syurga, bila kita bersembang2 dengan isteri dan setiap kali kita kelipkan mata (macam kat dunia jugak rupanya, mata boleh berkelip2) maka isteri kita akan 70 kali lebih cantik dari sebelumnya. Bila kelip mata lagi, isteri kita jadi 70 kali lebih cantik. Begitu juga isteri bila kelip mata, akan lihat suami 70 kali lebih hensem dari tadi. Jadi mana ada boring? Penghuni syurga boleh bersembang beribu2 tahun lamanya.

2.Di dunia, lelaki paling suka tengok lenggang-lenggok wanita berjalan. Cara berjalan yang paling mahal (agaknya) adalah 'catwalk' peragawati.

Dalam syurga, satu langkah isteri ada 70 lenggok. Itu baru jalan biasa, belum 'catwalk'. Kalau 'catwalk' tak tau la...
(bab isteri, hanya cerita dua perkara ni saja. Banyak lagi perkara lain.. Censored!)

3.Di dunia kalau kita diberi ais kerim ½ kilo, amacam? Suapan pertama sedap sangat. Kesedapan berkurangan pada setiap suapan berikutnya. Agak2 apa rasanya pada suapan terakhir ketika perut dah sebu? Nak muntah...

Di syurga, setiap suapan makanan mempunyai 70 rasa. Suapan kedua kenikmatan bertambah 70 kali ganda. Begitulah suapan seterusnya... Jadi makan beribu2 tahun pun tak akan boring.

4.Di dunia manusia suka dengan hiburan dan muzik. Satu lagu hanya sedap didengar sepanjang 3 hingga 3½ minit. Kalau lebih dah boring. Lagu pun akan ditukar ke lagu baru. Lagu lama kita dah tak nak dengar.

Di syurga, Allah sendiri akan baca Quran kepada manusia. Seluruh daun2 pokok, sungai2 akan berbunyi menjadi seperti satu okestra. Awan2 akan berarak ke atas pendengar2 dan jatuh berguguran di atas mereka. Bila terkena awan2 tu, wajah penghuni syurga akan bertambah cantik dan bila pulang ke rumah, para isteri akan terkejut melihat kehenseman suami.

Jadi demi Allah kata maulana, syurga memang tak akan boring!

http://azharjaafar313.blogspot.com/2008/02/baru2-ni-di-ijtimak-tongi-ada-orang.html


YaAllah terharunyer aku baca :((

Valentine day

Esok 14hb 2..atau lebih dikenal sebagai Valentine day.. seumur hidup x penah sambut.
xder maknanyer...aku rs cam hr2 biasa jer...gpon sebagai umah islam kite ditegah tok menyambut nyer...
bg aku hr2 adalah hari memperingati kekasih kan...xkan lah tiap 14/2 br nak ingtkan...kl camtu 1thn sekalilah..hr lain x yah ingt...giloss ka...hahaha...

HUKUM ORANG ISLAM MENYAMBUT PERAYAAN VALENTINE’S DAY

Oleh : Ustazah Norzila Bt. Mohd Nor (Bahagian Istinbat)

...budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang
sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut
mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian
serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat...


Terdapat tiga pendapat mengenai
asal-usul Valentine’s Day :

i. Valentine’s Day bermula semasa
pemerintahan empayar Rom iaitu dengan
menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti
bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa
dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu
15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia
iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat
Rom di mana pada malam pesta tersebut,
nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas
dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap
pemuda akan mencabut nama di dalam bekas
itu dan nama yang terpilih akan menjadi
pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14
Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh
kerana pertelingkahannya dengan Raja
Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius
II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius
telah membatalkan semua perkahwinan dan
pertunangan kerana Rom banyak terlibat di
dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St.
Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan
orang-orang Kristian dengan pasangan
mereka secara rahsia. Akibat perbuatan
tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan
diheret, yang akhirnya dihukum belantan
sehingga mati serta dipenggal kepalanya
pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi.
Bagi memperingatinya sebagai simbol
ketabahan, keberanian dan kepasrahan
dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14
Februari dijadikan sebagai hari memperingati
kematian St. Valentine sebagai upacara
keagamaan.

iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s
Day diambil daripada nama seorang paderi
yang paling berpengaruh pada zaman
pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol
iaitu St. Valentine yang status kedudukannya
adalah di tempat kedua tertinggi selepas
Pope. Apabila St. Valentine menyatakan
hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya
dari pengamal protestan sewaktu kerajaan
Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan
Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova
kerana St. Valentine merupakan seorang
Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin
dengan pengamal Protestan, lebih-lebih
lagi paderi sememangnya tidak boleh
berkahwin. Tindakan St. Valentine yang
mengambil keputusan berkahwin dengan
pasangannya itu telah menimbulkan rasa
murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya
buat sementara waktu. Ratu menetapkan
14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St.
Valentine sendiri.

kredit to : jabatan MUfti negeri selangor

Khamis, 12 Februari 2009

nasi Kuali???




orang dedulu sll tegah kite makan nasi dalm kuali..
katanyer lom tua dah honyah hanyih @ Nyayuk..

tp zaman skrang org dah x peduli dahhh...dah maju konon..hikhikhik..
tp mgkin ada betul gak kt diaorg tu...

tp hr ni aku tergatal lak nak try makan ns kt dalam kuali...
tergatal errkk bukan saja tau...hehehehehe..
xder apa pon keistimewaan nyer..cuma cam pelik jer...tp rasa ttp sama...

Selasa, 10 Februari 2009

Kehilangan

hr ni aku kehilangan org tersayang g...genap 40 hr pemergian pak LOng...kini diikuti oleh pak LAng. .
mmg x sangka lah bila dapat berita mengejutkn tu sbb pak Lang aku tu sihat walafiat jer..leh mengarit Rumput tok kambing...leh bertukang sume tup2 sekelip mata dah xder...
tp tulah org kata ajal maut ditangan tuhan...dia meninggal sebab jatuh ms nak duduk atas pangkin depan umah.

xperlah kami redha ngn pemergiannyer...ajal dia dah tentu...kite yg hidup ni xtau bila lagi...

semoga Roh Pak Long & Pak lang tenang disana
dan ditempatkan dalam golongan org beriman...Aminnnnn

Sabtu, 7 Februari 2009

memalukannnnnnn

kereta Raja NAZRin Dikepung...(Kredit to Kosmo)



** Credit To utusan N berita harian
Rasa MAlu tgk org kite ni yang terlalu taksub hingga sanggup bertelingkah...ber Rusuhan sume...bukan dapat apa pon dapat penat jer...hahahaha....keputusan muktamad so knlah terima klau x suka pon...


Tahniah Mb




Tahniah kepada Datuk Dr ZAMbRY..kerana dah dilantik jd MB perak yg baru...
moga dapat laksanakn tugas ngna adil & saksama...kasi
bukak mata org ramai skt...yg DAto leh buat...hihihi

bzzzzzzzzz

lama dah xupdate blog ni.....
bz sesgt......maklumlah buat 2 org nyer kerja....

xdpt bergunit........hanya dpt menjeling2 je kt monitoor........

nnt dah senag br update erkkk

Isnin, 2 Februari 2009

Pelikkkkkk

me : Abang ada kuarkan duit mama x??
Hubby : xder napa?? wajah kebingungan
me : aikh mane g duit mama g 200 ni....xkan lah hilang kot...dalam bank pon leh ilang
Hubby : ceh mama cek bebetl ,xpon print statment...
Me : dah print dah....ada org kuarkan 200....tp seingt mama lah mama xder kuarkan duit lagi...

cis manelah g nyer $ aku ni....kad bank kt aku....last aku kuar $ 22/1 hr tu da baki 400 hr ni aku cek tggl 200 jer ..ni yg aku nak sumpah seranah ni @#$$@%%@#$...puas dah aku pk mane g $ kau lg 200..mgkin setngah org x kisah kan 200 tu ...tp bg aku mcm2 leh beli dgn 200 tu...cis x leh jd nyer...esok msti g bank...

tp disebbkan aku x berkesempatan g bank keesokan hr nyer .....aku telah menunda niat aku nak g hari senin...

tp mlm td keajaiban berlaku..

me : Abang , mama x sedap hti lah jom g cek $..
Hubby ; Lor x sabonyer nyer....tggu lah esok 2
Me : xnak arrr...kang baki dlm tu sume hilang lak.......bukan leh caya.
Hubby : dah g siap

ktrg pon g lah bank terdekat cadang nak kuarkan $ tu sume takut hilang g....

so ktrg pon cek balance ....me terkejut sbb $ tu dah bertambah pulak jd 400
ishhhh pelik arrr...........$ ni beranak ker......me trs tnjuk kt Hubby....dia pon terkejut....

Hubby : ishh bank ni memain lak....ke sbb hr tu CNY dia pon biol...abis camne mama nak g bank ke esok...
me : ye lah nak tanyer np lak leh jd camtu...
hubby : ok lah...

so hr ni aku nk g bank nak cek balk camner leh jd camtu..wat me gabra jer....tp dlm pada tu bersyukur gak...sbb dapt blk $ tu....

so esok continueeeeeeee.........